AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN
http://wadahislamSMKB.blogspot,com

Sunday, February 21, 2010

Ukiran anak Vs Ukiran ayah



Anak seorang tukang ukir hairan kerana bapanya asyik mengkritik hasil kerjanya. Pada hal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih tinggi daripada ukiran bapanya.
"Ayah, dulu ketika hasil jualan ukiran saya RM40, ayah menegur hasil kerja saya.
Mengapa???" tanya si anak.
"Memanglah kerana pada masa itu hasil ukiran ayah terjual dengan harga RM50," sahut ayahnya dengan perlahan.
"Tetapi bila hasil ukiran saya terjual dengan harga RM50 pun ayah masih jua mengkritik hasil kerja saya. Mengapa??? Bukankah hasil kerja saya dah meningkat??"
Ayah tersenyum sambil berkata, "Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah.
Itu belum boleh di anggap sebagai kejayaan besar."
Anaknya tidak puas hati. "Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60!
Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar??
Tetapi ayah masih jua mengkritik ukiran saya."
"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50??"
tanya si ayah.
Si anak terdiam seketika. "Sepanjang ingatan saya... tidak pernah pun."
"Mengapa agaknya??? tanya si ayah"
"Saya tidak tahu ayah! Betul tak tahu"
"Fikirkan", tekan si ayah
"Betul ayah, saya tidak tahu, sahut si anak."
"Jawabnya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya berada di takuk lama," kata si ayah.
Anaknya terus diam. "Kamu tahu kenapa ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya???"
"Errr,err.... saya tidak tahu ayah."
"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah, sebab itu ia berada pada takuk yang sama. Jadi... ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus berada ditahap yang sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini."
"Oooo, baru saya mengerti ayah." Jawab si anak.

PENGAJARAN :
Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk terus menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Ingat...Jangan berlunjur sebelum duduk!!!!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails