AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN
http://wadahislamSMKB.blogspot,com

Wednesday, February 24, 2010

usai 3 acara

Ahamdulillah...hari ni selesai 3 acara yang dipertandingkan sempena sambutan maulidur Rasul iaitu :

  • Nasyid
  • Kuiz Agama
  • Penulisan jawi
Boleh tahan jugak penyertaan murid2 SMKB, mereka berusaha untuk mencuba.. penulisan jawi seramai 40 orang peserta dan nasyid diwakili oleh 7 kumpulan yang hebat2 belaka.
Gambar untuk acara tersebut nanti akan di uploadka semula..

tTnggal besok 25/2 (Khamis) adalah acara terakhir iaitu hafazan bagi tingkatan 1 hingga 5.
Akan di adakan juga besok raptai sambutan yang akan berlangsung pada 1 Mac 2010.

ok..semoga semua berjalan lancar..amin

Monday, February 22, 2010


PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


PERISTIWA PENTING PADA BULAN RABIULAWAL

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah:

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Sama-samalah kita ingati baginda SAW dengan memperbanyakkan selawat padanya.. moga kita di antara insan2 yang menjadi kekasih Rasulullah.



Sunday, February 21, 2010

Ukiran anak Vs Ukiran ayah



Anak seorang tukang ukir hairan kerana bapanya asyik mengkritik hasil kerjanya. Pada hal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih tinggi daripada ukiran bapanya.
"Ayah, dulu ketika hasil jualan ukiran saya RM40, ayah menegur hasil kerja saya.
Mengapa???" tanya si anak.
"Memanglah kerana pada masa itu hasil ukiran ayah terjual dengan harga RM50," sahut ayahnya dengan perlahan.
"Tetapi bila hasil ukiran saya terjual dengan harga RM50 pun ayah masih jua mengkritik hasil kerja saya. Mengapa??? Bukankah hasil kerja saya dah meningkat??"
Ayah tersenyum sambil berkata, "Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah.
Itu belum boleh di anggap sebagai kejayaan besar."
Anaknya tidak puas hati. "Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60!
Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar??
Tetapi ayah masih jua mengkritik ukiran saya."
"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50??"
tanya si ayah.
Si anak terdiam seketika. "Sepanjang ingatan saya... tidak pernah pun."
"Mengapa agaknya??? tanya si ayah"
"Saya tidak tahu ayah! Betul tak tahu"
"Fikirkan", tekan si ayah
"Betul ayah, saya tidak tahu, sahut si anak."
"Jawabnya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya berada di takuk lama," kata si ayah.
Anaknya terus diam. "Kamu tahu kenapa ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya???"
"Errr,err.... saya tidak tahu ayah."
"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah, sebab itu ia berada pada takuk yang sama. Jadi... ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus berada ditahap yang sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini."
"Oooo, baru saya mengerti ayah." Jawab si anak.

PENGAJARAN :
Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk terus menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Ingat...Jangan berlunjur sebelum duduk!!!!.

Hakikat hidup di dunia....


Kehidupan di dunia ibarat seorang perantau....carilah bekalan sebanyak mungkin untuk kita bawa menuju ke alam yang kekal abadi.... perbanyakkan amalan dan sentiasa ingatkan kematian. Moga kita menjadi hamba yang bertaqwa kwpada Allah. Amin

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ.
رواه البخارى

Wednesday, February 17, 2010

Jadual Aktiviti dan Pertandingan.

AKTIVITI YANG DI ADAKAN SEPANJANG

MINGGU SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431

SMK BEAUFORT

(22 sehingga 1 Mac 2010)

# 8 Rabiulawal – 15 Rabiulawal 1431 H #

BIL

PERTANDINGAN

TEMPAT

TARIKH

MASA

1

Pertandingan Tilawah Al-Quran

Bilik Gerakan

22/2/10

(Isnin)

10 pagi

2

Pertandingan Syarahan Agama

Bilik Gerakan

22/2/10

(Isnin)

11 pagi

3

Pertandingan

Azan

Dewan Asrama

23/2/10

(Selasa)

8 pagi

4

Pertandingan Menulis Seni Khat

Bilik Gerakan

23/2/10

(Selasa)

10 pagi

5

Pertandingan Menulis Jawi

Bilik Gerakan

24/2/10

(Rabu)

10 pagi

6

Pertandingan Nasyid

Kelas Projek Kilat

24/2/10

(Rabu)

2 petang

7

Pertandingan Kuiz Maulidurrasul

Bilik APD

24/2/10

(Rabu))

10 pagi

8

Pertandingan Hafazan

Bilik Gerakan

25/2/10

(Khamis)

10 pagi

9

Acara kemuncak Sambutan Maulidurrasul1431

Dataran Perhimpunan

1 Mac 10

(Isnin)

7-9.30 pagi


GURU YANG TERLIBAT MENGENDALIKAN SETIAP PERTANDINGAN

(Untuk Pendaftaran dan pertanyaan...sila rujuk kepada guru-guru yang berkenaan)

Tilawah Al-Quran

(Ustaz Shaiful Amri Musa)

Syarahan Agama

(Cikgu Asmah Taip)

Azan

(Ustaz Mohd Shamsuddin Zakaria)

Seni Khat dan Kuiz

(Ustazah Suriani)

Nasyid

(Ustazah Che Nor Azliza)

Tulisan Jawi dan Hafazan

(Ustazah Salwaniah dan Shaidah)

Selamat Berjuang ………..Semoga Berjaya… wismkb


Tuesday, February 16, 2010

Bila nilai kemanusiaan terhakis..



Sesebuah perkahwinan seringkali mendambakan lahirnya anak sebagai penyambung warisan dan kelahirannya adalah sebab memadai sebagai bukti paling mudah menandakan kekuasaan dan keagungan Allah mengatasi segala2nya di alam maya ini.

Sebelum lahir, anak tersebut melalui pelbagai rintangan yang berbeza di alam rahim selama 9 bulan 10 hari sehingga tercipta seorang manusia yang sempurna kejadiannya berbanding makhluk Allah yang lain.
Semuanya telah Allah ceritakan dalam firman-Nya [Surah At-Tin ayat 4] yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)"

Tetapi dewasa ini, hati merasa amat sedih, sayu, pilu dan menyayat hati bila terdengar gejala buang bayi semakin berleluasa malah makin menjadi2.

Hasil cinta yang disemai bertahun lamanya atau baru berputik berakhir ditong sampah, ditempat kumbahan, semak samun dan pinggir2 masjid. Satu perkara manusia begini lupa iaitu, lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan hamba-Nya. Hal ini berlaku seolah2 individu yang membuatnya tiada hati dan perasaan malah dilakukan tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.

Si dara tidak kisah si teruna menyentuh jasadnya demi membuktikan cinta sejati. Sehingga tidak sedar cinta mereka membuahkan benih di dalam rahim. Akhirnya tiada azan dan iqamah yang menyambut kelahiran bayi. Jalan terakhir bayi yang tidak berdosa bersemadi dengan cara yang paling mengaibkan.
Inikah dia bukti cinta abadi???

Jika nak dicatatkan kejadian pembuangan bayi , ianya bukan cerita baru. Kita ambil kisah yang terkini di mana :
  • mayat bayi lelaki baru dilahirkan lengkap tali pusat, culup sifat ditemui dalam keadaan yang mengerikan, hampir rentung serta kakinya terpisah dalam tong sampah MDKK Kelantan. (Sabtu 13/2/2010)
  • seminggu sebelumnya, mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dihurungi semut ditemui terdampar dipintu pagar Masjid Permata Duyong Melaka.
  • Penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam diBukit Mertajam, Pulau Pinang.dan
  • Penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah
  • mayat bayi yang masih ada sisa darah, terapung diperangkap sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK).
  • mayat bayi lelaki ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat 1 Kompleks Tun Abd Razak (KOMTAR) pulau Pinang.
Perlu diingat, jika nilai kemanusiaan mula terhakis, manusia itu sendiri sanggup melakukannya walaupun daripada rahimnya bayi itu dilahirkan.. Dimana sifat seorang ibu yang penyayang, seorang bapa yang mahu mendidik dan menjaganya agar suatu hari nanti ada doa daripada anak yang soleh sebagai peneman di "rumah kecil bertiang 2".

Bila mana kita mendengar dan melihat kes ini berlaku, tak lain x bukan tahap keimanan seseorang itu semakin menipis dan tidak tahu mana dosa dan pahala. Nilai akhlak semakin merosot.
Yang sedihnya...kebanyakkan pembuangan bayi membabitkan golongan belia dan remaja yang tak sepatutnya terjebak dengan hal seperti ini.

Memanglah sekarang zaman IT, dunia tanpa sempadan dengan kemudahan komunikasi dan internet yang membuka seluas2nya pergaulan mereka tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah perlu pandai memilih mana yang baik dan buruk.
Jangan menyalahkan kemudahan teknologi semata2. Inilah akibatnya kalau suka mengikut hawa nafsu dan keseronokan sahaja.

Kemudahan internet disalahgunakan, ada murid yang mempelajari seks menerusi internet, ditambahpula dengan menonton filem dan drama yang berunsurkan sedemikian mendorong kepada mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral tanpa berfikir kesan jangka panjang dan implikasi perbuatan itu.

Secara normalnya, pasangan yang mempunyai ikatan pernikahan yang sah tidak sesekali membuang bayi mereka. NAHHHHHHHH... tindakan tidak bermoral ini pastinya daripada hubungan pasangan yang tidak mempunyai ikatan pernikahan yang sah..

Mereka sama sekali terjebak dalam maksiat iaitu zina.

KATAKAN TIDAK KEPADA ' ZINA'


Wahai anak bangsa ku yang berpaksikan 1akidah dan 1agama, ayuh bangkitlah daripada keseronokan yang boleh menjerumuskan diri anda ke lembah yang paling hina.

Kepada yang telah melakukan dan berjinak2 mahu melakukan...jadikanlah pasangan yang bersamamu mentaati Allah dan Rasul . Jadi....kembalilah kepangkal jalan, pintu taubat masih terbuka luas untuk mu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun jika hambaNya melakukan dengan bersungguh2 dan seikhlas hati.

Selain membendung gejala ini melalui undang2, ibu bapa dan keluarga juga berperanan untuk menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab agar anak dapat dididik dengan sempurna. yang penting TANAMKAN NILAI KEAGAMAAN SEJAK DARI KECIL.
Semoga kita semuanya bahagia di dunia dan akhirat.

INGATLAH....
Derai ketawa kita nanti berganti tangis di hadapan Allah SWT nanti baru kita sedari, hakikat sebenarnya DIA sentiasa memerhatikan apa yang hambaNya buat.

Hidup biarlah berlandaskan syariat.
Mudah-mudahan hidup kita diberkati.



Pertandingan Hafazan dan Penulisan Jawi

PERTANDINGAN HAFAZAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431


Syarat-syarat pertandingan :
1- Terbuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga 5.
Tarikh Pertandingan : 25 Februari 2010 (KHAMIS) pada jam 10 pagi
2- Dua kategori iaitu kategori Qari dan Qariah.
3- Skop ayat hafazan adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan Majlis Tilawah Al-Quran iaitu :
Ø TINGKATAN 1
Bermula Surah An-Naba’ sehingga Surah At-Takathur

Ø TINGKATAN 2
Ayat –ayat hafazan Tingkatan Satu
i. Surah Al-Baqarah : Ayat 1-5
ii. Surah Al-Baqarah : Ayat 201
iii. Surah Al-Baqarah : Ayat 255
iv. Surah Al-Baqarah : Ayat 256
v. Surah Al-Baqarah : Ayat 284-286

Ø TINGKATAN 3
Ayat-ayat hafazan Tingkatan Satu, Dua dan Tiga
i. Surah Al-Baqarah : Ayat 1-5
ii. Surah Ali Imran : Ayat 8
iii. Surah Ali Imran : Ayat 18
iv. Surah Ali Imran : Ayat 26
v. Surah Ali Imran : Ayat 27
vi. Surah Al-A'raf : Ayat 23
vii. Ayat Kursi

Ø TINGKATAN 4
Ayat-ayat hafazan Tingkatan Satu, Tiga dan Empat
i. Surah Al-Baqarah : Ayat 1-5
ii. Surah Al-A’raf : Ayat 23
iii. Surah Al-Jumu’ah : Ayat 9-11
iv. Surah Al-An’am : Ayat 161-163
v. Ayat Kursi

Ø TINGKATAN 5
Ayat-ayat hafazan Tingkatan Empat dan Lima
i. Surah Al-Mukminun : Ayat 1-11
ii. Surah Luqman : Ayat 12-19
iii. Surah At-Taubah : Ayat 128-129


PERTANDINGAN PENULISAN JAWI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431

Syarat-syarat pertandingan :

a) Terbuka kepada semua murid tingkatan 4 dan 5 sahaja. Bagi murid tingkatan 1,2 dan 3 di alu2kan penyertaan seramai 2 orang setiap tingkatan.
b) Setiap kelas (TING 4$ dan 5) diwajibkan menghantar wakil sekurang-kurangnya 4 orang.
c) Teks akan diberikan pada masa pertandingan (rujuk jadual) dalam 2 versi iaitu RUMI dan JAWI.
d) Tarikh Pertandingan : 23 Februari 2010 (SELASA) Jam 10 pagi

Sebarang pertanyaan/pendaftaran boleh berjumpa dengan :
1) Ustazah Salwaniah Yusof (SY)
2) Ustazah Shaidah Kadir(SDK)

Penyertaan anda amatlah di alu-alukan
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Monday, February 15, 2010

"A" dalam PMR 2009

Tahniah buat murid Tingkatan 3 yang mengambil subjek Pendidikan Islam kerana telah berjaya mendapat keputusan "A" dalam PMR yang lalu. Seramai 24 orang murid yang memperolehinya. TAHNIAH buat anda. Semoga menjadi perangsang buat murid yang mengambil PMR 2010.

SENARAI MURID YANG DAPAT SKOR A DALAM (PMR) Subjek Pendidikan Islam 2009

BIL

NAMA MURID

TINGKATAN

1

Mohamed Hafiz b Abdullah

3 Amanah

2

Mohd Hisyam b Mohd Radzi

3

Muhammad Shakir b Yasin.

4

Zulfaqar b Mohd Alifa

5

Anizah bt Ismail

6

Dg Farhana Wasimah bt Ag Wasli

7

Norsyirah bt Usop

8

Muhd Arif Akmal b Mohd Sulong

9

Nur Amalina bt Matlan

10

Nur Izzah Nabilah bt Ibrahim

11

Nurazizan bt Lawi

12

Syafiqah Nadzirah bt Salam

13

Umi Afiqah bt Silon

14

Hazwani bt Asmat

15

Rashida bt Ahmad

3 Intelek

16

Nurfarahana bt Lajib

3 Progresif

17

Afiqah bt Kumaldin

3 Cemerlang

18

Muhammad Abdul Fatah b Abdul Rahim

19

Nor Hazira bt Juneh

20

Nor Liana Idora bt Ibrahim

21

Siti Norihan bt Abdullah

22

Umi Nadia Natasya bt Marjuti

23

Hairol b Abd Manaf

3 Efektif

24

Erna Yuhana bt Abd Wahab

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA

SEMOGA TERUS Berjaya


Related Posts with Thumbnails