AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN
http://wadahislamSMKB.blogspot,com

Tuesday, February 16, 2010

Bila nilai kemanusiaan terhakis..



Sesebuah perkahwinan seringkali mendambakan lahirnya anak sebagai penyambung warisan dan kelahirannya adalah sebab memadai sebagai bukti paling mudah menandakan kekuasaan dan keagungan Allah mengatasi segala2nya di alam maya ini.

Sebelum lahir, anak tersebut melalui pelbagai rintangan yang berbeza di alam rahim selama 9 bulan 10 hari sehingga tercipta seorang manusia yang sempurna kejadiannya berbanding makhluk Allah yang lain.
Semuanya telah Allah ceritakan dalam firman-Nya [Surah At-Tin ayat 4] yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)"

Tetapi dewasa ini, hati merasa amat sedih, sayu, pilu dan menyayat hati bila terdengar gejala buang bayi semakin berleluasa malah makin menjadi2.

Hasil cinta yang disemai bertahun lamanya atau baru berputik berakhir ditong sampah, ditempat kumbahan, semak samun dan pinggir2 masjid. Satu perkara manusia begini lupa iaitu, lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan hamba-Nya. Hal ini berlaku seolah2 individu yang membuatnya tiada hati dan perasaan malah dilakukan tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.

Si dara tidak kisah si teruna menyentuh jasadnya demi membuktikan cinta sejati. Sehingga tidak sedar cinta mereka membuahkan benih di dalam rahim. Akhirnya tiada azan dan iqamah yang menyambut kelahiran bayi. Jalan terakhir bayi yang tidak berdosa bersemadi dengan cara yang paling mengaibkan.
Inikah dia bukti cinta abadi???

Jika nak dicatatkan kejadian pembuangan bayi , ianya bukan cerita baru. Kita ambil kisah yang terkini di mana :
  • mayat bayi lelaki baru dilahirkan lengkap tali pusat, culup sifat ditemui dalam keadaan yang mengerikan, hampir rentung serta kakinya terpisah dalam tong sampah MDKK Kelantan. (Sabtu 13/2/2010)
  • seminggu sebelumnya, mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dihurungi semut ditemui terdampar dipintu pagar Masjid Permata Duyong Melaka.
  • Penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam diBukit Mertajam, Pulau Pinang.dan
  • Penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah
  • mayat bayi yang masih ada sisa darah, terapung diperangkap sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK).
  • mayat bayi lelaki ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat 1 Kompleks Tun Abd Razak (KOMTAR) pulau Pinang.
Perlu diingat, jika nilai kemanusiaan mula terhakis, manusia itu sendiri sanggup melakukannya walaupun daripada rahimnya bayi itu dilahirkan.. Dimana sifat seorang ibu yang penyayang, seorang bapa yang mahu mendidik dan menjaganya agar suatu hari nanti ada doa daripada anak yang soleh sebagai peneman di "rumah kecil bertiang 2".

Bila mana kita mendengar dan melihat kes ini berlaku, tak lain x bukan tahap keimanan seseorang itu semakin menipis dan tidak tahu mana dosa dan pahala. Nilai akhlak semakin merosot.
Yang sedihnya...kebanyakkan pembuangan bayi membabitkan golongan belia dan remaja yang tak sepatutnya terjebak dengan hal seperti ini.

Memanglah sekarang zaman IT, dunia tanpa sempadan dengan kemudahan komunikasi dan internet yang membuka seluas2nya pergaulan mereka tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah perlu pandai memilih mana yang baik dan buruk.
Jangan menyalahkan kemudahan teknologi semata2. Inilah akibatnya kalau suka mengikut hawa nafsu dan keseronokan sahaja.

Kemudahan internet disalahgunakan, ada murid yang mempelajari seks menerusi internet, ditambahpula dengan menonton filem dan drama yang berunsurkan sedemikian mendorong kepada mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral tanpa berfikir kesan jangka panjang dan implikasi perbuatan itu.

Secara normalnya, pasangan yang mempunyai ikatan pernikahan yang sah tidak sesekali membuang bayi mereka. NAHHHHHHHH... tindakan tidak bermoral ini pastinya daripada hubungan pasangan yang tidak mempunyai ikatan pernikahan yang sah..

Mereka sama sekali terjebak dalam maksiat iaitu zina.

KATAKAN TIDAK KEPADA ' ZINA'


Wahai anak bangsa ku yang berpaksikan 1akidah dan 1agama, ayuh bangkitlah daripada keseronokan yang boleh menjerumuskan diri anda ke lembah yang paling hina.

Kepada yang telah melakukan dan berjinak2 mahu melakukan...jadikanlah pasangan yang bersamamu mentaati Allah dan Rasul . Jadi....kembalilah kepangkal jalan, pintu taubat masih terbuka luas untuk mu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun jika hambaNya melakukan dengan bersungguh2 dan seikhlas hati.

Selain membendung gejala ini melalui undang2, ibu bapa dan keluarga juga berperanan untuk menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab agar anak dapat dididik dengan sempurna. yang penting TANAMKAN NILAI KEAGAMAAN SEJAK DARI KECIL.
Semoga kita semuanya bahagia di dunia dan akhirat.

INGATLAH....
Derai ketawa kita nanti berganti tangis di hadapan Allah SWT nanti baru kita sedari, hakikat sebenarnya DIA sentiasa memerhatikan apa yang hambaNya buat.

Hidup biarlah berlandaskan syariat.
Mudah-mudahan hidup kita diberkati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails