AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN
http://wadahislamSMKB.blogspot,com

Thursday, April 22, 2010

Jenis-jenis Sujud

JENIS-JENIS SUJUD

1. Sujud Tilawah

Apabila seseorang membaca ayat-ayat suci al-Quran, dia akan bertemu dengan beberapa ayat yang disunatkan sujud satu kali. Sujud ini dinamakan sujud tilawah.

Do’a yang dibaca di dalam sujud tilawah ialah;

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِى خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“ Telah sujudlah mukaku kepada Tuhan yang telah menciptakannya, telah dibelah pendengarannya dan penglihatannya dengan dayaupaya dan kekuatanNya. Maka Maha Tinggi ALlah, Dialah Pencipta yang sebaik-baiknya”.

Adapun syarat-syarat sujud tilawah itu ialah:

1. Suci daripada segala najis di badan, pakaian dan tempat.

2. Menutup aurat.

3. Menghadap kiblat.

4. Masuk waktu sujud.

Sujud tilawah boleh dikerjakan dalam sembahyang atau luar sembahyang apabila sampai ke akhir ayat tersebut. Ianya boleh dikerjakan kerana membaca ayat itu sendiri atau didengari dari bacaan orang lain. Kalau didengari dari orang lain, sedangkan beliau dalam sembahyang maka tidaklah diharuskan untuk sujud tilawah.

Manakala sujud tilawah bagi orang yang tidak dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Meniatkan sujud untuk tilawah

2. Membaca takbir al-Ihram

3. Satu kali sujud seperti dalam solat.

4. Memberi salam setelah selesai sujud sepeti dalam solat.

Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat “sujud” ialah

· Surah ar-A’raf ayat 206 - Surah an-Nahl ayat 49

· Surah ar-Ra’d ayat 15 - Surah al-Isra’ ayat 109

· Surah Maryam ayat 58 - Surah al-Hajj ayat 18

· Surah al-Furqan ayat 60 - Surah an-Naml ayat 26

· Surah Alif Lam Tanzil ayat 15 - Surah as-Shad ayat 24

· Surah Hamim As-Sajadah ayat 38 - Surah an-Najm ayat 62

· Surah al-Insyiqaq ayat 21 - Surah al-‘Alaq ayat 19

Bagi ayat “sajadah” anda akan bertemu di tepi halaman mashaf tertulis kalimah [ as-Sajadah - اَلسَّجَدَة ]

Bila sampai ke tempat itu, seperti ayat وَهُمْ لايَسْتَكْبِرُونَ maka kita hendaklah sujud. Kalau dalam sembahyang maka kita hendaklah turun untuk sujud sambil bertakbir tanpa rukuk. Sampai di tempat sujud maka bacalah doa tersebut di atas. Kemudian bangkit semula untuk menyambung bacaan tadi.

2. Sujud Sahwi

Ianya berlaku dalam sembahyang kerana berlaku perkara-perkara berikut:

a- Kerana tertinggal tasyahud awal.

b- Kerana ragu dalam bilangan rakaat.

c- Kerana tertinggal qunut waktu subuh.

d- Kerana tertinggal selawat ke atas Nabi saw dalam tasyahud awal dan qunut, serta selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad saw dalam tasyahud akhir dan qunut.

Bacaan ketika sujud sahwi ialah sebagaimana solat biasa. Ada yang membaca,

سُبْحَانَ مَنْ لاَّيَنَامُ وَلاَيَسْهُو

“ Maha Suci Dia Yang tidak tidur dan lalai “

3. Sujud Syukur.

Bila seseorang mendapat nikmat atau terlepas daripada bala bencana.

Syarat-syaratnya ialah:

a- Berniat untuk sujud

b- Membaca takbir al-ihram

c- Satu kali sujud

d- Memberi salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails